Sejarah Perkembangan Dasar Pendidikan Negara dari Tahun 1979 hingga Tahun 2013 (Sumbangan Pak Lah dalam memperkasakan Ilmu)
1.0 Pendahuluan
Dasar pendidikan negara bermula apabila wujudnya kesedaran daripada pemimpin yang terdahulu yang mengakui pendidikan penting dalam sesebuah negara. Oleh demikian, sistem pendidikan Malaysia dibentuk dan mengalami banyak transformasi sepanjang lebih 5 dekad Malaysia ditubuhkan. Usaha yang berterusan oleh kerajaan telah meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.Usaha yang pertama yang dilakukan ialah melalui Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang telah dibentuk untuk menjadi teras awal pendidikan kebangsaan. Melalui dua dasar ini, pengukuhan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dapat dikukuhkan. Selain itu, kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia dan sistem peperiksaan dapat disamakan kepada semua dapat diwujudkan.
Oleh itu, melalui kajian ini dasar pendidikan negara dan faktor yang menyebabkan dasar pendidikan negara mengalami penambahbaikan dari tahun 1979 hingga 2013 dapat di kenalpasti. Tambahan, kajian ini dilakukan kerana pendedahan akan perkembangan dasar pendidikan kepada golongan pelajar dan masyarakat kurang diketengahkan.
2.0 Transformasi dasar pendidikan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Dasar pendidikan negara yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang berteraskan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib,1960.1 Melalui kedua-dua dokumen ini, aspek yang dititikberatkan ialah berkaitan dengan perpaduan negara dan mengasaskan tenaga rakyat iaitu perkara-perkara yang menjadi tumpuan utama dalam mentransformasikan dasar pendidikan negara. Dari segi perpaduan , Penyata Razak ,1956 menyatakan :2“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara in tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuatkan dengan beransur-ansur.”3
Oleh demikian, pada September 1974 kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara. Bidang untuk jawatankuasa kabinet ialah mengkaji semula matlamat dan tujuan, kesan sistem pendidikan dalam kurikulum dan dasar pendidikan bagi memastikan keperluan tenaga rakyat dapat memenuhi matlamat ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.4
Menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet, perkara yang diketengahkan ialah Sistem Pendidikan Baru. Sistem pendidikan ini meliputi beberapa peringkat antaranya ialah peringkat sekolah rendah yang mengambil masa enam tahun, peringkat menengah rendah selama tiga tahun , peringkat menengah atas selama dua tahun dan peringkat tingkatan enam selama dua tahun.5
Bermula dengan peringkat sekolah rendah, pada peringkat ini pendidikan kurikulum ditekankan menjurus kepada penekanan kemahiran yang dapat membantu keupayaan kanak-kanak untuk mendapatkan fungsi yang lebih berkesan apabila mereka meneruskan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.6 Pelaksanaan dasar yang baru ini dapat menggantikan sistem kurikulum lama yang lebih menjurus kepada akademik dan pendidikan umum.7
Seterusnya melalui laporan ini, penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.8 Penekanan dasar 3M telah banyak membantu membangunkan dan melahirkan murid-murid yang dapat menguasai ilmu asas yang diperlukan oleh setiap murid-murid.9 Tambahan, dengan peninjauan kurikulum di sekolah dari segi jenis kemahiran yang diperlukan dan bukannya kepentingan setiap mata pelajaran. Ini dapat meningkatkan kemahiran setiap murid-murid di peringkat sekolah.10
Di peringkat sekolah menengah rendah, penekanan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih meluas dilakukan. Ini bertujuan supaya penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia dapat diperluaskan penggunaannya.11 Selain itu, kelas peralihan diwujudkan bertujuan untuk memastikan murid yang berasal dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dapat meningkatkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris yang bersesuaian dengan pelajaran yang diajar di sekolah. Tambahan, pendidikan aneka jurus diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelajar yang berstail dan serba boleh. Antara pelajaran yang diperkenalkan ialah seni perusahaan, sains rumahtangga , sains pertanian dan perdagangan.12 Pendidikan ini turut dikenali sebagai pendidikan vokasional.13 Pengenalan peperiksaan umum yang dijalankan pada hujung tingkatan 3 iaitu Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau Lower Certificate of Education dan di Sarawak ialah Sarawak Junior Certificate untuk menentukan kedudukan murid di tingkatan empat yang dan syarat minima untuk memohon pekerjaan pada masa itu.14 Oleh itu dengan memperbaiki sistem pencatatan pangkat keseluruhan mata pelajaran kepada setiap satu mata pelajaran.15 Di samping itu, dengan mengadakan ujian setiap penggal dan bulanan perlu dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan setiap murid.16
Di sekolah mengah atas pula, pendidikan di peringkat ini tidak lagi dijalankan secara umum kerana kemasukan pelajar tingkatan empat berdasarkan keputusan mereka di Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau Lower Certificate of Education.17 Di dalam peringkat ini juga terdapat tiga jenis sekolah yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan empat iaitu sekolah menengah biasa, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Di sekolah menengah biasa terdapat dua jurusan ditawarkan iaitu sains dan sastera.18 Manakala di sekolah menengah vokasional pula menekankan pendidikan berasaskan kepada kemahiran. Pelajar perlu memilih salah satu daripada kemahiran yang mereka berminat iaitu Pertukangan dan pembinaan, Pemotoran, Pengimpalan , Pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, Perdagangan, Pertanian, Baik pulih radio, televisyen dan alat elektronik, Sains rumahtangga kursus A dan Sains rumahtangga kursus B.19 Namun begitu, pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar ialah bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan dua atau lebih daripada mata pelajaran lain iaitu matematik, Sains Pengajian Kemasyarakatan dan Pendidikan Islam.20
Selepas pelajar mengambil sijil pelajaran Malaysia, pelajar boleh memilih sama ada memasuki universiti terus, memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran di tingkatan enam yang mengambil peperiksaan Higher school certificate bagi melayakkan diri untuk memasuki universiti di peringkat ijazah.21 Di dapati sebelum transformasi dilakukan, jurusan sains dan sastera berada dalam keadaan yang longgar yang menyebabkan pelajar tidak dapat mendalami jurusan lain22. Ini mewujudkan keadaan yang tidak seimbang bagi penuntut tingkatan enam. Oleh itu pendedahan bidang sastera kepada penuntut sains dan bidang sains kepada penuntut jurusan sastera diperkenalkan untuk memastikan keseimbangan pelajar dapat diperolehi.23
Pembaharuan juga merangkumi dari bidang kurikulum, disiplin, pengurusan dan kemudahan dan pembekalan pelajaran.24 Di dalam kurikulum, antara pekeliling yang dikuatkuasakan ialah sebarang aktiviti yang tidak berfaedah yang dianjurkan oleh institusi luar tidak boleh dijalankan melainkan dijalankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.25 Selain itu, dengan mengemaskini kokurikulum pendidikan agama, pendidikan sosial, pendidikan sivik, kebudayaan dan pendidikan muzik, bahasa Malaysia, bahasa lain-lain, kegiatan ko-kurikulum, dan sukan dan jasmani.26
Segala usaha kerajaan mentransformasikan dasar pendidikan pembangunan tenaga rakyat dapat dibangunkan dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki malahan disiplin.27 Usaha dilakukan oleh kerajaan ini, dilakukan dengan mengkaji sistem persekolahan dari peringkat sekolah rendah ke pendidikan lanjutan.28
![]() |
Photo by nax / なっくす |
Melalui Akta Pendidikan 1996, perubahan yang dilakukan ialah pelantikan dan tanggungjawab ketua pengarah pendidikan. Seseorang ketua pengarah pendidikan akan dilantik oleh daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan pendidikan.33 Sebagai ketua pengarah pendidikan hendaklah memberi nasihat kepada menteri tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan negara. Di peringkat negeri pula, pegawai pendidikan negeri dan pegawai pendidikan lain dilantik untuk memastikan kelancaran pentadbiran. Jawatan ini akan ditentukan oleh menteri.
Jawatan pendaftar sekolah turut diwujudkan dalam akta pendidikan 1996 yang dilantik oleh menteri.34 Pihak menteri boleh melantik seberapa banyak pendaftar sekolah mengikut kesesuaian. Tambahan, dengan pelantikan jawatan ini akan dapat membantu menjadikan sistem pentadbiran berjalan dengan lancar.
Dengan perlaksanaan Akta ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.35 Kaedah yang digunakan ialah dengan mewajibkan pengajaran Bahasa Malaysia di semua sekolah termasuk sekolah jenis dan sekolah swasta.36 Selain itu, semua kurikulum harus selaras kehendak negara yang memerlukan generasi yang boleh menjadi pelapis pemimpin akan datang.
Di dalam akta ini juga, ketua Nazir sekolah hendaklah dilantik dalam kalangan nazir-nazir. Ketua Nazir ini dilantik oleh Menteri yang berkuasa dalam bidang pendidikan.37 Pelantikan Nazir tambahan turut dinyatakan dalam Akta ini. Selain itu, seorang Pengarah Peperiksaan dilantik dan boleh melantik pegawai-pegawai lain untuk bertindak di bawah dan kawalan am Pengarah Peperiksaan yang difikirkan perlu untuk Akta ini.38
Sebagai menteri berkuasa untuk mengeluarkan arahan am. Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah bahagian ini arahan-arahan yang bersifat am, dan tidak konsisten dengan peruntukan Akta.39 Bidang kuasa ini memberikan menteri kuasa dan boleh menentukan sesuatu hal mengikut budi bicara beliau. Di dalam bidang ini juga pegawai hendaklah patuh akan setiap arahan yang menyentuh dasar pendidikan negara.
Pada bahagian sistem pendidikan kebangsaan, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kecuali sekolah jenis wajib digunakan. Namun begitu, sekiranya bahasa penghantar selain bahasa kebangsaan di sekolah maka hendaklah bahasa Malaysia di ajar dalam mata pelajaran wajib di institusi tersebut. Pengukuhan ini akan menjadikan bahasa Malaysia menjadi lebih kukuh dalam kalangan murid-murid sekolah. Selain itu, dengan menetapkan satu dasar kurikulum yang sama di semua sekolah iaitu dengan penubuhan kurikulum kebangsaan dapat menjadikan sistem pendidikan lebih teratur.37
Tambahan, melalui Akta ini penubuhan, pengendalian dan pengurusan tadika diperketatkah. Dalam akta ini, penubuhan, pengendalian dan pengurusan tadika tanpa pendaftaran boleh dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan. Seseorang yang melanggar akta ini akan dikenakan hukuman seperti dalam seksyen 1. Penubuhan tadika dan penyenggaraan boleh dilakukan oleh menteri tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, sukatan kurikulum untuk tadika berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh menteri dan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan sebagai bahasa penghantar di tadika. Jika bahasa penghantar bukan bahasa kebangsaan maka hendaklah bahasa kebangsaan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib.38
Di peringkat sekolah rendah, tempoh pengajian adalah selama enam tahun tetapi boleh juga dihabiskan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun. Selain itu, menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis bagi meningkatkan pusat pendidikan dalam negara.39
Seterusnya, di peringkat sekolah menengah dengan menggubal akta dengan mewajibkan penubuhan sekolah menegah yang antaranya ialah sekolah menengah akademik, sekolah menegah teknik dan sekolah yang lain yang bersesuaian dengan akta ini. Didalami akta ini juga dengan memperuntukkan akta dengan penyediaan akta yang memperuntukkan supaya institusi lain seperti maktab-maktab, sekolah khas, politeknik, dan mana-mana institusi yang lain boleh diwujudkan bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilakukan.40
Akta ini juga memperuntukkan akan kuasa yang diberikan kepada menteri untuk memberi bantuan antaranya ialah biasiswa, pinjaman atau penyediaan kemudahan kepada pelajar seperti tempat tinggal, pengangkutan, buku atau perkhidmatan perubatan. Selain itu, dengan memperuntukkan akta yang pembaikan kaedah penilaian dan peperiksaan dalam negara. Selain itu, mana-mana institusi pendidikan swasta yang diwujudkan perlu mematuhi kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang telah ditetapkan.41
Dengan peruntukan Akta 1996 semua keperluan pendidikan dalam negara dapat dipenuhi. Tambahan dengan peruntukan Akta ini juga masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia lebih berdaya saing.42
![]() |
4.0 Perkembangan dasar pendidikan kebangsaan dari 2000-2013
Dasar pendidikan kebangsaan merupakan dasar yang digubal bagi memastikan hasrat Wawasan 2020 akan tercapai. Perkembangan dasar pendidikan dikemaskini supaya pengenalan dan strategi pelaksanaan sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini tanpa perlu menjejaskan hasrat Wawasan 2020. Falsafah dasar pendidikan kebangsaan ialah:43“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”44
Melalui dasar pendidikan kebangsaan antara pembaharuan yang dilakukan dalam kurikulum dan kokurikulum ialah dengan memastikan melalui dasar pendidikan kebangsaan dapat membantu memperkembangkan seseorang murid dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampai pengetahuan. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada lima iaitu Kurikulum Asuhan kanak-kanak dan Didikan Awal Kanak-Kanak, Kokurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 45
Seterusnya, di dalam dasar ini pendidikan prasekolah untuk memastikan kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun mendapat pendidikan di mana-mana pusat pendidikan prasekolah saman ada yang disediakan oleh kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Usaha yang lain ialah dengan memperluas kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)46
Selain itu, di peringkat selepas sekolah yang antaranya ialah peringkat tingkatan 6 dan matrikulasi dipertingkatkan. Dengan penjenamaan semula perjawatan kenaikan pangkat, sistem jadual waktu dan pengurusan yang baharu serta pengenalan sistem modular yang bermula 2012 telah banyak membantu untuk meningkatkan taraf pendidikan di peringkat tingkatan 6. Pengenalan sistem modular ini bertujuan untuk membentuk kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya dapat memenuhi keperluan mereka. Kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran insanilah, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika dan moral. Pada peringkat Matrikulasi pelaksanaan pengambilan murid cemerlang lulusan SPM digunakan untuk memastikan taraf pendidikan Matrikulasi bersesuaian dengan permintaan masa hadapan. 47
Dengan peningkatan taraf pendidikan negara dari tahun 2000 hingga 2013 dilakukan yang berteraskan Laporan Razak yang menjadi batu asas kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah banyak membantu perkembangan dasar pendidikan negara. Usaha ini juga diteruskan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2025 untuk memastikan pendidikan negara dapat dikembangkan.48
5.0 Faktor kepada pemangkin perubahan dasar pendidikan
Perubahan dasar pendidikan di Malaysia di dorong faktor utama iaitu pemimpin. Pemimpin yang banyak berjasa ialah Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Lah. Sumbangan beliau dalam pembangunan dasar pendidikan bermula apabila dilantik menjadi menteri pendidikan pada 1986 iaitu selama 2 tahun dan kehilangan jawatan menteri selepas berlaku pergolakan dalam politik UMNO. Namun begitu, dalam 2 tahun yang berharga inilah yang digunakan oleh Pak Lah untuk meningkatkan pendidikan Malaysia. 49Usaha beliau bermula dengan menaik taraf Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) menjadi sebuah institusi. Melalui penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran pada ketika itu telah menyebabkan cadangan ini berjaya dilaksanakan. Akhirnya secara rasmi MPSI menjadi sebuah institusi pada tahun 1987. Menerusi usaha ini, Institusi Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987 sekali lagi di naik taraf menjadi sebuah Universiti pada 1 Mei 1997.50
Selain itu beliau juga telah memperbaiki status kedudukan guru supaya jawatan guru lebih dipandang mulia oleh masyarakat. Menurut Pak Lah, tanggungjawab guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu pengetahuan penting dan relevan sepanjang zaman. Malahan keupayaan dan kemampuan guru pada masa kini dan hadapan lebih penting dan mencabar berikutan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan. Oleh itu Pak Lah mahu seorang guru lebih kepada jiwa pendidik supaya mereka lebih bersedia dalam mengharungi dunia pendidikan yang mencabar.51
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi |
Sistem pendidikan berubah apabila Pak Lah memperkenalkan Program Integrasi Murid Untuk Perpaduan52 untuk menyediakan landasan pemupukan integrasi nasional. Komitmen Pak Lah untuk mewujudkan perpaduan kaum telah mengatasi segala kepentingan pihak. Selain itu beliau telah mewajibkan pendidikan kewarganegaraan untuk memastikan semangat kenegaraan yang tinggi dalam diri setiap pelajar.
Oleh itu, segala usaha yang dilakukan oleh Pak Lah dalam bidang pendidikan telah banyak membantu dalam perkembangan pendidikan negara. Perkembangan dasar pendidikan yang dilakukan oleh Pak Lah lebih tertumpu kepada perpaduan dan kemasyarakatan bagi memastikan masa hadapan negara lebih stabil.
6.0 Penutup
Esei ini telah menegaskan bahawa perkembangan dasar pendidikan bermula apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet diwujudkan untuk memastikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu melalui Laporan Razak dapat diteruskan. Selain itu, dengan menggubal Akta 1996 telah menjadi melonjak kepada Laporan terdahulu dan menjadi batu asas kepada pendidikan negara. Dengan penggubalan Akta ini juga dapat memastikan pendidikan dapat diteruskan di semua peringkat antaranya pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan sekolah rendah, pendidikan sekolah menengah dan lanjutan selepas sekolah menengah. Kemudian, pemangkin kepada perkembangan dasar pendidikan juga dipengaruhi oleh pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan negara. Pemimpin yang terlibat ialah Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad. Atas sumbangan beliau, banyak pembaharuan yang telah dilakukan untuk memastikan pendidikan negara berada dilandaskan yang betul. Dasar pendidikan ini juga membantu negara untuk memastikan hasrat Malaysia dapat dicapai.Nota Hujung
1 Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran (Kuala Lumpur: Pencetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,1979):6
2 Kementerian Pelajaran Malaysia,2
3 Kementerian Pelajaran Malaysia,2
4 Kementerian Pelajaran Malaysia,2
5 Kementerian Pelajaran Malaysia,13
6 Kementerian Pelajaran Malaysia,14
2 Kementerian Pelajaran Malaysia,18
8 Kementerian Pelajaran Malaysia,18
9 Kementerian Pelajaran Malaysia,19
10 Kementerian Pelajaran Malaysia,25
11 Kementerian Pelajaran Malaysia,27
12 Kementerian Pelajaran Malaysia,28
13 Kementerian Pelajaran Malaysia,30
14 Kementerian Pelajaran Malaysia,30
15 Kementerian Pelajaran Malaysia,30
16 Kementerian Pelajaran Malaysia,31
17 Kementerian Pelajaran Malaysia,32
18 Kementerian Pelajaran Malaysia,36
19 Kementerian Pelajaran Malaysia,37
20 Kementerian Pelajaran Malaysia,40
21 Kementerian Pelajaran Malaysia,44
22 Kementerian Pelajaran Malaysia,44
23 Kementerian Pelajaran Malaysia,45
24 Kementerian Pelajaran Malaysia,70
25 Kementerian Pelajaran Malaysia,70
26 Kementerian Pelajaran Malaysia,66
27 Kementerian Pelajaran Malaysia,71
28 Kementerian Pelajaran Malaysia,72
29 Kementerian Pelajaran Malaysia, Undang Malaysia “Akta Pendidikan 1996” (1996):3
30 Undang-undang Malaysia,3
31 Undang-undang Malaysia,3
32 Undang-undang Malaysia,4
33 Undang-undang Malaysia,4
34 Undang-undang Malaysia,4
35 Undang-undang Malaysia,5
36 Undang-undang Malaysia,6
37 Undang-undang Malaysia,7
38 Undang-undang Malaysia,8
39 Undang-undang Malaysia,9
40 Undang-undang Malaysia,10
41 Undang-undang Malaysia,11
42 Undang-undang Malaysia,12