Kebebasan Bersuara : Implikasi Media Sosial Umum

        Facebook, Twitter ,Instagram dan pelbagai lagi laman sesawang yang menawarkan platform untuk pengguna untuk bersosial berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang boleh meng'akses laman sesawang. Tidak di nafikan, kebebasan bersuara pada masa kini sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya tidak kira bila, di mana dan tempat.. Kemudahan akses laman sesawang  ini boleh di akses melalui telefon pintar (smartphone) dan membuka akaun tidak memerlukan wang dan kebolehan yang tinggi. 


             Sejarah awal media sosial bermula apa bila Andrew Weinreich melancarkan Six Degrees pada tahun 1997. Konsep laman sesawang ini menurut syarikat ini adalah :
Six degrees of separation is the idea that all living things and everything else in the world is six or fewer steps away from each other so that a chain of "a friend of a friend" statements can be made to connect any two people in a maximum of six steps.

Idea laman sesawang ini terus di cedok oleh pembangun yang lain yang menyaksikan lebih banyak laman media sosial  dibangunkan antaranya yang terawal ialah  FriendsterMySpaceLinkedInXING, dan Facebook. ( Fakta menarik: Friendster merupakan salah satu media sosial yang bertapak di Kuala Lumpur selepas pemilik asalnya menjualkan laman tersebut kepada MOL pada 2015). Selepas itu, pembangunan media sosial semakin rancak menyaksikan naik turun banyak laman sesawang yang kini di kuasai Facebook yang di miliki oleh Mark Zuckerberg


            Menurut statistik jumlah pengguna satu hari capaian pautan media sosial mencapai 1.85 bilion atau 23%  pengguna aktif setiap hari hanya untuk Facebook sahaja, jika di banding dengan populasi penduduk dunia  7.9 bilion pada tahun  2021. Berdasarkan statistik ini jelas menunjukkan jumlah yang tinggi dan jumlah ini tidak mustahil akan meningkat yang di pengaruhi oleh peningkatan kebolehakses untuk peranti seperti telefon pintar komputer dan banyak inisiatif kerajaan untuk memastikan jaringan Internet mampu dimiliki untuk semua.

   

            Seiring perkembangan teknologi maklumat pada hari ini, lebih ramai kita boleh berkongsi dan menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dalam pelbagai medium. Interaksi digunakan untuk perkongsian atau pertukaran maklumat, idea , minat , kerjaya dan lain-lain bentuk ekspresi melalui komuniti maya dan jaringan boleh melalui tulisan, video, rakaman suara (podcast,) atau ilustrasi dalam bentuk gambar. 
See the source image

            Namun begitu, perkembangan teknologi maklumat juga memberi impak yang negatif. Maklumat yang di sebarkan tidak semua kita boleh percaya penyebaran maklumat palsu. ketirisan maklumat peribadi, penyalahgunaan kebebasan suara,   dan penyebaran ideologi yang bercanggah dengan norma masyarakat.. Sebagai contoh, impak kepada masyarakat penyebaran maklumat palsu yang disebarkan oleh individu yang terlalu taksub dengan teori konspirasi yang  menyatakan "COVID-19 hanyalah mitos dan vaksin merosakkan antibodi manusia" yang sama sekali PALSU dan TIDAK  BERASAS. Penyebaran maklumat ini akan merosakkan lagi keadaan yang kian tegang dek di dalam perjuangan untuk melawan . (SEBENARNYA.MY | Tidak Pasti Jangan Kongsi) kita boleh semak segala maklumat ini di laman sesawang berikut. 
                Kemaslahatan ini turut memberi impak terhadap setiap individu,  semenjak media sosial di perkenalkan kita akan berkongsi apa sahaja di Suapan Facebook. Sebagai contoh, segelintir yang menjadikan Media sosial sebagai tempat adu domba akan masalahnya. Ini tidak langsung akan menjemput sesiapa sahaja untuk komen dan mengetahui perkara yang sepatutnya peribadi. Tidak salah kita berkongsi apa yang kita kehendaki tetapi hendaklah tahu batas dan berhati-hati dengan apa yang ingin disampaikan agar tidak berkongsi maklumat peribadi. Carilah cara yang bersesuaian dan bukannya kita melampiaskan apa sahaja di media sosial. 

                Pelbagai usaha di lakukan oleh kerajaan untuk mengawal selia isi kandungan media sosial dalam kita mempunyai kebebasan bersuara. Banyak undang- undang diwujudkan bagi mengawal setiap maklumat yang ada di media sosial tidak menyalahi 

                Kebebasan bersuara merupakan hak individu masing-masing dan kita ada hak untuk meluahkan apa yang kita hendak perkatakan. Namun begitu, kita harus beringat setiap apa yang di ucapkan ada batasnya agar tidak menyalahi sehingga terlalu mengikut nafsu, dan tidak menggunakan medium ini sebaiknya. Media sosial seharusnya menyebarkan positiviti.